Alhamdulillah.. Ku-panjatkan sukur kepada Ilahi atas rahmat dan segala kurnia-Nya dari Allah yang Maha Esa..
Entry ini mungkin sekadar ungkapan ataupun deretan cerita yang hanya mungkin dianggap biasa..
Tetapi itulah yang membuatkan aku tampil dengan berjuta makna..
Alhamdulillah kini aku telah mencapai 19 tahun..
Jalan ceritaku mungkin jauh berbeza dengan mereka yang lain..
Aku mempunyai dua orang ibubapa yang masing-masing mempunyai watak yang berbeza-beza dan tersendiri..
Bondaku dengan wataknya tersendiri manakala Ayahku dengan wataknya tersendiri..
Apabila aku ditanyakan dengan persoalan "Ayah kau tu orangnya macam mana..?Ibu pula macam mana orangnya..?
Itulah persoalan yang sering hinggap di gegendang telingaku disaat aku di bangku sekolah dahulu..
Aku bersyukur ke-Hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku terus mencurah bakti kepada mereka..
"Ayahku..dari mimik mukanya sendiri mesti dilihat dengan watak yang agak garang,tapi itu hanyalah luarannya sahaja..Sepanjang insan yang aku gelarkan 'abah' inilah sebenarnyayang terbaik buatku .. Dia jauh lebih mengerti apa yang terbaik untuk putra dan putri-putrinya.. Dialah yang membakar semangat-semangatku disaat aku sedang rebah..Aku bangkit demi-Nya untuk meneruskan perjuangan hidup..Kata-katanya tidak pernah hilang dari fikiranku...Moga abah terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik berpanjangan.."
"Bondaku..kadang-kadang aku sendiri tidak memahami akan watak yang dipegang oleh bondaku sendiri..Kadang-kadang dialah pendengar yang baik,kadang-kadang juga dia seperti biasa-biasa sahaja... misteri...tapi dialah idola buatku.."
Sukar untuk aku mentafsir kedua-dua watak ini..Watak yang sangat berbeza...Apabila tiap kali persoalan yang sama turut dilemparkan oleh rakan-rakanku..Aku sendiri kebingungan..Apa yang aku harus tafsirkan...
...................................................................................................................................................................
Aku dibesarkan di sebuah teratak yang tidaklah begitu mewah dan sempurna tetapi ia cukup untuk melindungi kami adik beradik.Begitu sukar untukku gambarkan kehidupan kami dahulu.Kami adik beradik ,pada saat itu tidaklah terlalu berdaya untuk membantu mereka sepanjang mereka membesarkan kami.Namun,kami hanya dapat membalas jasa mereka dengan belajar sedaya yang mungkin demi melihat secebis senyuman yang amat bermakna buat kami.
Mereka sanggup mengikat perut demi sesuap nasi untuk kami adik beradik,diuji pula kami adik beradik apabila abah tidak dapat mana-mana tawaran pekerjaan untuk menyara kami sekeluarga.
Masihku ingat " Abah terpaksa ke hutan menangkap beberapa ekor burung untuk dijual kepada orang-orang kampung terutamanya dalam kalangan anak-anak muda yang sedang digilai oleh mereka pada masa itu untuk mendapatkan burung-burung tersebut untuk dipelihara olehnya.
Bagi mendapatkan barang-barang keperluan dapur pada masa itu amatlah sukar untuk kami sekeluarga.Kami terpaksa ke bandar dengan menaiki mana-mana bas mahupun van penumpang.Paling tidak kami selalu ke bandar dengan "Pak Man" .Pak Man salah seorang pemandu van di kampung kami yang sering ke bandar untuk mendapatkan upah daripada mana-mana penumpang yang memerlukan perkhidmatannya.Jadi jika tidak kami sering menggunakan perkhidmatan daripada Pak Man untuk ke bandar.Jika nasib kami tidak berapa baik ,kami terpaksa mendapatkan perkhidmatan daripada bas-bas yang lain..Sukarnya perjalanan kami pada saat itu hanya Tuhan yang tahu segalanya..
..................................................................................................................................................
Kini ,aku sudah dewasa, peluang untuk aku menebus kembali jasa mereka akan aku korbankan.Mungkin tidak dengan wang tapi aku tahu ibu dan abah hanya cukup gembira dengan kejayaan yang aku peroleh dalam pelajaran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan